Pasangan OKU teruja dibawa pilih baju raya

Pasangan OKU teruja dibawa pilih baju raya

KADHAR Shah (kanan) membantu seorang warga OKU penglihatan memilih baju raya di pusat beli-belah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) penglihatan antara 40 individu yang teruja dibawa membeli-belah pakaian raya anjuran Nasmir Holding Sdn. Bhd. menerusi Yayasan Al Nasmir di sini, semalam.

Bagi Hamid Basri, 44 dan isteri, Intan Norfazalina Inaini, 39, persiapan Aidilfitri dibuat secara sederhana seperti kebiasaannya namun sumbangan yang diperoleh saban tahun amat memberi makna buat mereka berdua.

Hamid berkata, mereka bersyukur kerana tidak perlu khuatir memikirkan baju raya susulan masing-masing menerima sepersalinan pakaian sempena Aidilfitri kali ini.

“Bersyukur sangat kerana selalunya kami berdua perlu menaiki Grab atau minta jiran bawakan untuk ke pusat beli-belah. Namun, kali ini mudah kerana mahu pilih baju pun, ramai yang membantu.

“Selain itu, persiapan awal seperti ini mudah kerana kami merancang untuk pulang ke kampung isteri di Manjung, Perak untuk berhari raya,” katanya yang bekerja sebagai penyanyi buskers.

Bagi Abu Hasan Mahmud, 46, persiapan Aidilfitri dibuat secara sederhana untuk isteri, Nor Emida Robi, 38, yang juga OKU penglihatan serta anak tunggal mereka, Muhammad Arif Haikal, 12.

Beliau yang bekerja sebagai penjual barangan plastik di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh berkata, sumbangan yang diberikan kepada mereka sekeluarga meringankan beban perbelanjaan.

“Selain itu, sumbangan duit raya pula boleh digunakan untuk buat persiapan lain seperti penyediaan juadah dan sebagainya. Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu memudahkan persiapan Aidilfitri kali ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nasmir Holding, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, program tahunan itu diadakan bagi menggembirakan keluarga yang kurang berkemampuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya