Pas sokong pendirian Anwar berhubung isu kuil di Jalan Masjid India

Pas sokong pendirian Anwar berhubung isu kuil di Jalan Masjid India

Ringgit
AHMAD Fadhli Shaari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyatakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tapak sebuah kuil berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan pendirian yang diambil Anwar sebagai tepat dan wajar disokong kerana melibatkan isu pematuhan undang-undang.

“Mana-mana binaan haram di atas tanah milik pihak lain sudah tentu tiada pilihan selain dirobohkan,” katanya kenyataan.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan, pertikaian mengenai kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah bukanlah isu agama, tetapi lebih kepada aspek undang-undang.

“Harapnya tidak timbul lagi isu seperti ini pada masa hadapan. Salam Ramadan,” katanya.

Terdahulu, Anwar menegaskan bahawa isu tanah di Jalan Masjid India perlu dikendalikan mengikut undang-undang kerana kuil tersebut dibina tanpa kebenaran pemilik tanah terdahulu mahupun sekarang.

“Kuil itu bukan rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Polis ke-218. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya