Pas Perak belum terima pengesahan Razman direhatkan tugas Pesuruhjaya negeri - Utusan Malaysia

Pas Perak belum terima pengesahan Razman direhatkan tugas Pesuruhjaya negeri

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pas Perak masih menunggu pengesahan rasmi mengenai laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria direhatkan daripada tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak, Nurhafizul Badrul Hisham berkata, setakat ini, mereka masih menunggu makluman rasmi daripada pimpinan parti.

“Setakat ini tiada apa-apa surat rasmi jadi tidak boleh nak respons berlakunya pertukaran.

“Tidak ada lagi hitam putih. Perkara ini hanya boleh disahkan menerusi makluman rasmi daripada pimpinan parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Razman telah direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak.

Malah, dalam poster ucapan selamat menyambut Ramadan, tidak disertakan jawatan Razman sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Sebaliknya poster tersebut hanya menyertakan jawatan Razman sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak, ADUN Gunung Semanggol dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya