Pas Pelabur diperkenal 1 April, mudahkan urusan pelabur asing

Pas Pelabur diperkenal 1 April, mudahkan urusan pelabur asing

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu kemudahan imigresen baharu iaitu Pas Pelabur akan diberikan kepada pelawat perniagaan dan pelabur asing yang masuk ke Malaysia bermula 1 April depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu diperkenalkan bagi memudahkan urusan pelabur asing terutamanya yang telah memberikan komitmen membuat pelaburan di Malaysia menerusi agensi pelaburan.

“Melalui kemudahan itu, pelabur asing dibenarkan masuk ke Malaysia untuk tempoh selama enam bulan dan boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi.

“Kebenaran itu tertakluk kepada keperluan pemohon. Kemudahan multiple-entry visa (MEV) turut diberikan kepada pemegang pas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kemudahan ini adalah satu inisiatif penambahbaikan di mana sebelum ini tiada pas khusus diberikan kepada pelabur asing.

Jelasnya, mereka hanya diberikan Pas Lawatan Sosial dengan tempoh mengikut kelayakan negara iaitu selama 14 sehingga 90 hari.

“Pas Pelabur akan mula dilaksanakan pada 1 April melalui sistem Xpats Gateway.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Xpats Gateway di https://xpatsgateway.com.my/,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya