PARLIMEN: Tiada perancangan ujian air kencing sebagai penetapan syarat konsert

PARLIMEN: Tiada perancangan ujian air kencing sebagai penetapan syarat konsert

FAHMI FADZIL - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada perancangan ujian air kencing sebagai penetapan syarat pelaksanaan konsert.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, namun kerajaan bersedia untuk meneliti keperluan dan kesesuaian berhubung sebarang cadangan serta perubahan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Menurutnya, ia berdasarkan perbincangan dengan semua agensi serta semua pemegang taruh terbabit dan ketika ini berkata terdapat garis panduan untuk rujukan penganjur mengenai aspek keselamatan yang perlu dipatuhi.

“Garis Panduan PUSPAL telah disediakan sebagai rujukan kepada penganjur persembahan mengenai aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam penganjuran suatu persembahan melibatkan artis luar negara.

“Antaranya ialah penganjur hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu sebelum, semasa dan selepas persembahan bagi memastikan tiada aktiviti berkaitan rokok, minuman keras dan dadah di lokasi persembahan sepanjang tempoh persembahan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai perancangan kementerian untuk melaksanakan cadangan ujian air kencing sebagai sebahagian daripada SOP untuk pengunjung konsert bagi membendung pengambilan dadah.

Sebelum ini, wujud cadangan supaya ujian saringan air kencing dijadikan sebagai sebahagian SOP untuk pengunjung konsert dalam usaha mengelak sebarang pembabitan dan pengambilan dadah ketika penganjuran konsert. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya