PARLIMEN: Tiada kompromi import e-waste ke Malaysia

PARLIMEN: Tiada kompromi import e-waste ke Malaysia

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia sama sekali tidak membenarkan pengimportan sisa elektronik atau e-waste berdasarkan polisi semasa negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, larangan itu juga tertakluk di bawah Konvensyen Basel yang melarang negara melarang Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengeksport sisa berbahaya dari negara maju ke negara membangun.

Katanya, susulan daripada itu, operasi serentak di seluruh negara dilaksanakan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melibatkan pemeriksaan ke atas 47 premis.

“Sebanyak 15,764.90 e-waste yang dianggarkan bernilai RM55 juta berjaya di sita. Pemeriksaan mendapati 30 premis beroperasi secara haram, tujuh premis merupakan premis barang lusuh, enam premis berlesen di bawah JAS, tiga premis berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan satu gudang haram.

“Lokasi premis-premis tersebut berada di kawasan industri dan terdapat juga di luar kawasan industri seperti di tanah rizab, ladang kelapa sawit dan kawasan hutan. Premis-premis ini kebanyakannya beroperasi secara haram dan tidak dilesenkan oleh PBT,” katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berhubung usaha membanteras penyeludupan e-waste ke dalam negara.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, pihaknya mendapati operasi kilang-kilang ini didalangi warga asing yang menggunakan khidmat tenaga kerja pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pekerja yang menyalahgunakan permit kerja.

“Semua premis yang terlibat telah disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) (Akta 127) yang merangkumi pelbagai kesalahan,”jelasnya.

Sehubungan itu kata Nik Nazmi, 37 premis telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 terhadap mesin-mesin pengeluaran yang digunakan di dalam premis tanpa sebarang alat kawalan.

Selain itu, sebanyak 59 Notis Arahan dan 27 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Katanya lagi, sebanyak 52 kertas siasatan juga akan dibuka bagi tujuan tindakan mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya