PARLIMEN: RUU PSB tiada unsur rampasan tanah

PARLIMEN: RUU PSB tiada unsur rampasan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) tidak mempunyai sebarang unsur rampasan tanah atau hartanah mahu pun penindasan dan pengusiran penduduk.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, malah cadangan undang-undang itu tidak mengurangkan keperluan perumahan sedia ada di bawah pemantauan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Katanya, dasar-dasar perumahan sedia ada juga tidak dikompromi dan bergerak seiring dengan pembangunan seperti yang telah diwartakan dalam Rancangan Pemajuan. 

“Prinsip utama RUU PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik, pengekalan penduduk asal termasuk penduduk bumiputera yang berada di kawasan terlibat dan menjaga kepentingan pemilik hartanah.

“Kerajaan Madani telah mengkaji dengan lebih terperinci dan komited dengan inisiatif bagi memastikan agenda pembaharuan semula bandar dapat dilaksanakan dengan komprehensif,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar yang menyatakan bagaimana cadangan RUU PSB dapat memperkukuhkan aspek perumahan Bumiputera. 

Menurut Kor Ming, sebanyak 74 kali sesi libat urus telah diadakan bagi memastikan kebolehlaksanaan RUU ini dan memastikan hak rakyat dipelihara serta keperluan perumahan tidak terjejas untuk semua golongan termasuk Bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya