PARLIMEN: HALMAS catat pelaburan terkumpul RM16.75 bilion 

PARLIMEN: HALMAS catat pelaburan terkumpul RM16.75 bilion 

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: – Taman Industri Halal berstatus HALMAS (Halal Malaysia) yang dibina di seluruh negara berjaya mencatat pelaburan terkumpul sebanyak RM16.75 billion.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil daripada 15.3 peratus  atau 841.18 hektar daripada jumlah keseluruhan 5484.74 hektar tanah HALMAS.

Katanya, setakat ini 14 HALMAS telah dibina di seluruh negara untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pelaburan.

“Ia merangkumi 361 buah syarikat yang terdiri daripada 51 buah syarikat multinasional (MNC) dan 310 buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS),”katanya dalam sesi soal jawab hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjung Manis) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Chin Tong berkata, Tanjung Manis Halal Hub di Sarawak merupakan salah satu Taman Industri Halal yang berstatus HALMAS mempunyai  keluasan tanah  sebanyak 9,984 ekar untuk aktiviti pelaburan berkaitan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 487.2 ekar ataupun 4.9 peratus tanah telah dibangunkan untuk kemudahan infrastruktur asas, aktiviti pertanian iaitu penanaman nanas dan aktiviti akuakultur iaitu ternakan udang.

Jumlah pelaburan yang direkodkan adalah sebanyak RM18 juta meliputi sebuah  syarikat asing dan dua syarikat tempatan (anak syarikat Kerajaan negeri).

“Sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global, sistem rantaian nilai atau bekalan industri halal perlu diperkukuh dengan memberikan penekanan terhadap peranan taman industri halal supaya menjadi lebih mesra industri. 

“Ini adalah usaha untuk menarik pelaburan strategik baharu dalam industri halal di samping mengembangkan perniagaan sedia ada dalam negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya