PARLIMEN: Dewan Rakyat lulus undang-undang wajib caruman pekerja asing

PARLIMEN: Dewan Rakyat lulus undang-undang wajib caruman pekerja asing

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persidangan terakhir Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 diluluskan dengan sokongan majoriti selepas dibahaskan oleh lapan wakil rakyat.

Semasa sesi penggulungan RUU berkenaan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pindaan kepada Akta KWSP 1991 bertujuan mewajibkan caruman kepada pekerja asing.

Jelasnya, polisi mewajibkan kadar caruman sebanyak dua peratus juga adalah selari dengan amalan baik antarabangsa terhadap pekerja bukan warganegara.

“Caruman itu juga merupakan simpanan tetap dan mendorong pekerja asing untuk mengeluarkannya apabila tamat tempoh perkhidmatan dan permit bekerja.

“Ia juga bertujuan menggalakkan penggajian rakyat tempatan dalam sektor pekerjaan di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Amir Hamzah berkata, caruman KWSP kepada pekerja bukan warganegara akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang melabuhkan tirainya hari ini, selepas bersidang selama 18 hari, menyaksikan sebanyak 10 RUU diluluskan oleh Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya