PARLIMEN: Bank juga perlu tanggung kerugian mangsa scam

PARLIMEN: Bank juga perlu tanggung kerugian mangsa scam

LIM HUI YING - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak bank perlu bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kerugian akibat penipuan ataupun scam sekiranya disebabkan oleh kelemahan pihak bank itu sendiri.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga menetapkan keperluan institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci serta telus untuk setiap kes penipuan kewangan.

Katanya, BNM turut menekankan prinsip kebertanggungjawaban bersama (shared responsibility) bagi kes yang melibatkan kelemahan daripada kedua-dua pihak iaitu bank dan juga pelanggan.

“Beban kerugian bagi kes sedemikian tidak seharusnya ditanggung sepenuhnya oleh 

mangsa. Mangsa berhak untuk mendapat pampasan yang sewajarnya. 

“Sebarang kes siasatan yang tidak berpihak kepada pelanggan adalah tertakluk kepada semakan bebas,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang meminta kerajaan menyatakan usaha dalam melindungi hak dan kepentingan rakyat dalam isu melibatkan kehilangan wang dalam akaun.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, bagaimanapun, terdapat pengguna yang mendedahkan butiran keselamatan peribadi secara sukarela dan  memuat turun aplikasi dari sumber yang tidak dipercayai.

“Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan 2021 mendapati 37 peratus responden secara sukarela berkongsi kata laluan perbankan mereka dengan rakan rapat.

“Sebanyak 62 peratus lagi tidak mengendahkan ciri-ciri keselamatan laman sesawang bank yang dilayari manakala 89 peratus jarang menukar kata laluan mereka.

“Dasar baharu ini justeru menekankan tanggungjawab pengguna sebagai benteng yang utama dalam menangani isu penipuan perbankan atas talian supaya pengguna sentiasa berwaspada dalam melindungi butiran keselamatan peribadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya