Aduhai, nak tergelak pun ada Cik Bunga bila ada kenalan industri seni ini beritahu gelagat seorang artis wanita tanah air ini yang cukup tak suka andai orang lain ‘overshadow’ dia di majlis keramaian atau acara hiburan.
Perangai si aktres ini sebenarnya sejak dari dahulu sudah menjadi bahan bualan orang. Yang mana kenal, kenal lah.
Cuma itulah, Cik Bunga ingatkan dia sudah berubah. Maklumlah seiring dengan perubahan usia dan kematangan. Namun nampaknya, tidak ya!
Nak dijadikan cerita, si pelakon wanita ini dijemput di sebuah acara hiburan tetapi dalam majlis yang sama, ada artis lain yang turut diundang. Pula itu, kebetulan, si artis wanita yang hadir itu ada cerita menarik yang menjadi topik bualan ramai kebelakangan ini.
Maka, ramailah yang berpusu-pusu nak jumpa dengannya berbanding nak jumpa si aktres bertubuh ramping ini. Nampak akan keadaan dan situasi itu, mencukalah wajah si aktres ini.
Daripada elok tersenyum manis, terus berubah wajah kelat tanda tak suka dirinya dipinggirkan dan orang lain jadi perhatian di majlis.
Bila dengar cerita ini, Cik Bunga rasa macam kisah anak-anak remaja sekolah. High school orang putih kata.
Aduhai, bukannya orang pinggirkan awak sepanjang majlis, tak akanlah tak beri peluang langsung orang lain nak menyerlah sekejap.
Awak dah lama dalam industri seni ini, dah rasa macam-macam ‘limelight’ itu. Bawa-bawalah bertenang dan bersabar. Ingat, orang cantik tak elok marah-marah, nanti nampak tua. Okey, Cik Bunga gurau sahaja.