Pantai Timur dijangka alami hujan berterusan sehingga 12 Mac

Pantai Timur dijangka alami hujan berterusan sehingga 12 Mac

MET Malaysia menjangkakan luruan angin monsun timuran yang sedang berlaku akan berterusan sehingga 12 Mac - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan luruan angin monsun timuran yang sedang berlaku akan berterusan sehingga 12 Mac, sekali gus berpotensi menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pantai Timur, terutama di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sekiranya model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.

“Ketika ini, rantau negara masih menerima angin dari arah timuran dengan kelajuan yang agak kencang, terutama di kawasan latitud tinggi di mana kelajuan angin boleh mencecah 40 hingga 60 kilometer sejam,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd. Hisham berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora juga telah dikeluarkan bagi kategori pertama, kedua dan ketiga di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulawesi.

“Amaran ini memberi risiko kepada semua aktiviti perikanan, perkapalan, sukan dan rekreasi laut serta bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca lembap yang sedang berlaku di bahagian selatan Semenanjung, khususnya di Rompin, Pahang, dijangka membawa hujan dalam tempoh beberapa jam dan berterusan sehingga dua hingga tiga jam.

Katanya, hujan yang sedang berlaku di bahagian pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang dijangka bergerak ke arah barat dan boleh berterusan sehingga lewat pagi nanti.

“Bagi Sarawak dan Sabah pula, cuaca cerah ketika ini dijangka berlanjutan hingga lewat petang, namun hujan diramalkan berlaku di Kudat dan Sandakan dalam beberapa jam akan datang.

“Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di Pantai Timur sebelum bergerak ke kawasan pedalaman.

“Di Sabah dan Sarawak, hujan diramal berlaku di Kudat, Sandakan serta Tawau, manakala di Sarawak, hujan dijangka turun di bahagian selatan dan utara pedalaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya