RANTAU PANJANG: Lebih tiga letupan bom di beberapa lokasi di pekan Sungai Golok, Thailand malam kelmarin menggegarkan rumah penduduk yang berada di sempadan Malaysia-Thailand di daerah ini. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.20 malam waktu Malaysia itu menyebabkan penduduk panik apabila mendengar dentuman bom dan berbalas tembakan. Seorang penduduk, Rohana Mat Min, 50, berkata, dia yang baru sampai ke rumah selepas berbuka puasa dan menghantar ibu saudaranya menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur terkejut apabila rumahnya dirasakan bergegar. Katanya, dia mendengar tiga bunyi letupan bom disusuli tembakan yang tidak henti-henti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya