KEMAMAN: Seorang peniaga kedai mainan didenda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan, Januari lalu.
Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, didakwa memiliki sembilan laras senjata palsu tiruan yang berada di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal, di sini pada 5 Januari lalu kira-kira pukul 2.30 petang.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa mengikut seksyen sama kerana didapati memiliki 101 laras senjata tiruan. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada tarikh yang sama, kira-kira pukul 3.45 petang di kediamannya, di Kerteh, dekat sini.