PETALING JAYA: Walaupun dunia semakin canggih dengan kehadiran teknologi digital seperti Canva, CapCut dan aplikasi kecerdasan buatan (AI), kad raya fizikal tetap diminati oleh golongan muda. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masih ramai yang memilih untuk mengumpul dan memberi kad raya sebagai tanda ingatan serta menghargai nilai sentimentalnya. Seorang guru, Hafizul Syarafi, 35, menganggap kad raya dapat menyerlahkan personaliti dan karisma seseorang pemberi. “Kad raya ini seperti duta diri yang berbentuk persuratan kepada dunia luar. Bak kata orang zaman dahulu, siapa kumpul kad raya paling banyak, dialah orang paling popular. “Hal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya