Orang politik sepatutnya jadi pendamai

Orang politik sepatutnya jadi pendamai

FATHUL BARI Mat Jahya (dua dari kiri) beramah mesra pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Kangar di salah sebuah hotel di Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemimpin politik se­patutnya memainkan peranan menghentikan dan menjadi pen­damai kepada isu berkaitan perkauman, bukannya terus me­ngapikan-apikan sehingga me­nimbulkan perpecahan serta porak-peranda di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain pemimpin politik, golongan agamawan serta mereka yang berjawatan seperti menteri juga harus memainkan peranan dalam usaha mengharmonikan suasana kaum.

Katanya, apabila berlaku isu perkauman, terdapat orang politik yang mengambil kesempatan mengapi-apikannya dan perkara itu perlu dielakkan.

“Seperti kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan dakwaan penyampai stesen radio mempersendakan upacara agama menerusi media sosial. Dalam isu berkenaan ada taksiran masing-masing, ada yang kata mereka (penyampai radio) mengikut ta­rian Miki Ghazali dan ada yang kata dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama.

“Isu ini berlaku terhadap tiga penyampai radio ini tapi ada orang mengapi-apikan dan besar-besarkan sehingga menjadikan orang Islam hina agama Hindu. Pada masa sama, ada orang politik juga ambil kesempatan.

“Jadi, orang politik sepatutnya memainkan peranan penting menghentikan atau menjadi pendamai termasuk agamawan yang berjawatan seperti menteri-menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina agama kerana Malaysia hidup dalam pelbagai agama dan kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan semua pihak harus martabatkan, selain menjaga keharmoniannya.

Fathul Bari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, kerajaan khususnya kementerian berkaitan perlu bijak menguruskan persepsi supaya kelihatan lebih adil.

Katanya, sebagai contoh isu Harith Iskander dan Cecelia Yap yang sudah diambil tindakan, namun perkara itu tidak sampai di peringkat bawah lantas menggambarkan kerajaan seperti tidak adil.

“Kadang-kala komunikasi itu tidak sampai ke bawah. Jadi, bagaimana kebijaksanaan pemimpin politik dan kerajaan me­ngurus persepsi supaya dilihat berlaku adil terhadap isu penghinaan terhadap agama ini.

“Saya juga harap isu perkauman kita letak satu titik noktah. Memang akan ada tapi bagaimana untuk ditangani secara bijaksana serta tidak timbulkan api perpecahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya