Ops Ceroboh: DBKL roboh 9 bangsal haram sekitar Segambut

Ops Ceroboh: DBKL roboh 9 bangsal haram sekitar Segambut

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sembilan unit struktur kediaman (bangsal) dikenakan tindakan roboh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan unit struktur kediaman jenis bangsal haram sekitar Segambut dirobohkan dalam operasi bersepadu ‘Ops Ceroboh’, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya bersama Jabatan Imigresen (Imigresen) dan Air Selangor Sdn. Bhd. melaksanakan operasi bersepadu diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Terdapat sembilan unit struktur kediaman (bangsal) haram yang didirikan menggunakan kayu dan bahan-bahan terbuang.

“Setiap unit turut dilengkapi sumber air semula jadi yang diagihkan kepada setiap unit, namun tiada sebarang saliran sumber elektrik dikesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah DBKL, hasil daripada operasi yang dijalankan, sembilan unit struktur kediaman (bangsal) dikenakan tindakan roboh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Selain itu, kesemua sisa struktur yang dirobohkan dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan. Dalam operasi itu, enam warga asing turut ditahan untuk dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya