Op Khas Lampu Isyarat Merah di Negeri Sembilan

Op Khas Lampu Isyarat Merah di Negeri Sembilan

OP Khas Lampu Isyarat Merah yang digerakkan serentak di seluruh Negeri Sembilan bermula semalam.-GAMBAR/ IHSAN JSPT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan menjalankan operasi khas bermula semalam bagi mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, Op Khas Lampu Isyarat Merah itu dilancarkan susulan sering berlakunya insiden kemalangan maut yang mendapat perhatian masyarakat.

“Sebanyak 119 saman dikeluarkan dengan 48 daripadanya membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah pada hari pertama operasi.

“Operasi khas ini kami jalankan serentak di seluruh Negeri Sembilan bermula semalam. Lokasinya di kawasan yang dikenalpasti oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dan sentiasa berubah-ubah.

“Kami beri tumpuan di kawasan yang sering berlaku kes pelanggaran lampu isyarat merah khasnya di sekitar Seremban dan Nilai. Daerah lain bergantung kepada kesesuaian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan anggota peninjau di kawasan lampu isyarat sebelum kenderaan yang dikenalpasti untuk diperiksa di sekatan jalan raya (SJR).

“Bagi daerah seperti Jelebu atau Jempol mungkin kurang berlaku kes seperti ini kerana lampu isyarat banyak di kawasan bandar yang kebanyakan sibuk dan kenderaan hanya bergerak perlahan.

“Semalam, kami memeriksa sebanyak 177 kenderaan membabitkan 213 individu sebelum mengeluarkan 119 saman dengan 48 daripadanya kerana kesalahan langgar lampu isyarat merah,” katanya.

Kata beliau, sebelum ini polis memberi tumpuan kepada penunggang p-hailing kerana mereka mengejar masa namun keadaan sebaliknya baru-baru ini.

“Namun dua kes yang tular masing-masing di Senawang dan Sendayan baru-baru ini membabitkan kereta yang melanggar penunggang motosikal. Mungkin ada yang mahu cepat atau cuai, kenderaan yang lebih besar apabila melanggar lampu isyarat akan memberi impak yang lebih besar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya