Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap - Utusan Malaysia

Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap

ONN Hafiz turun padang meninjau kemajuan projek RPJ yang lewat siap mengikut jadual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kecewa terhadap projek Rumah Pesona Johor (RPJ) di daerah ini kerana lewat siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata, RPJ yang merupakan pusat perlindungan sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga itu sepatutnya siap dan boleh digunakan pada tahun lalu.

Katanya, RPJ bukan sahaja memberi tempat tinggal sementara tetapi juga sokongan sosial dan psikologi kepada wanita yang mengalami krisis dalam hidup mereka.

“Saya telah mengarahkan syarikat kontraktor yang dilantik untuk lebih proaktif dalam memastikan perkembangan projek mengikut garis masa yang telah ditetapkan dan melaporkan kemajuan kerja kepada kerajaan negeri secara berkala.

“Kerajaan Negeri mengambil serius setiap projek pembangunan di negeri ini. Saya tegaskan bahawa setiap projek yang dilaksanakan mesti mengikut garis masa yang telah ditetapkan kerana ia melibatkan kesejahteraan seluruh Bangsa Johor,” katanya selepas meninjau sendiri perkembangan projek RPJ. 

Menurut beliau, pihak bertanggungjawab diharap dapat menyiapkan kerja mengikut KPI yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan lagi.

Jelasnya, perkembangan projek itu akan terus dipantau dan memastikan semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing.

“Saya berharap agar RPJ ini dapat menjadi satu institusi yang benar-benar mampu memberi perlindungan dan harapan baharu kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan. Insya-Allah,” katanya.

RPJ adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya