Ojen nafi dingin dengan Cik Epal, jarang kongsi video sebab sibuk - Utusan Malaysia

Ojen nafi dingin dengan Cik Epal, jarang kongsi video sebab sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi dan personaliti media sosial, Ojen, menafikan dakwaan hubungan persahabatannya dengan Cik Epal menjadi dingin. 

Terkejut mendengar berita itu, Ojen atau Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 28, menegaskan dia dan Cik Epal masih berkawan baik cuma jarang bertemu akhir-akhir ini kerana sibuk menguruskan video muzik untuk lagu terbaharu.  

“Ini kali pertama saya dengar mengenai perkara ini. Dakwaan itu tidak benar sama sekali, hubungan saya dan kawan-kawan termasuk Cik Epal sangat baik. Tiada masalah apa-apa. 

“Cuma belakangan ini saya sangat sibuk dengan penggambaran video muzik lagu raya. Ini pun baru sembuh daripada demam.

“Saya juga sibuk buat persiapan menunaikan umrah,” katanya. 

Ojen ditemui Utusan Malaysia di sidang media Festival Raya Selangor Havoc 2025 di Setia City Convention Center baru-baru ini.

Tambah penyanyi Hubb kitu lagi, spekulasi tersebut mungkin muncul kerana dia dan Cik Epal jarang berkongsi video bersama.

“Mungkin dakwaan itu timbul kerana kami jarang muat naik video bersama. Sedangkan kami ada sahaja keluar cuma tidak dikongsikan kepada umum. Bagi saya ia perkara kecil.

“Kalau mahu kata bergaduh, ia tidak logik. Saya siap berkolaborasi dengan Cik Epal untuk keluarkan perniagaan Kunafa Madu Tiga,” ceritanya.

Dalam perkembangan lain, Ojen bakal tampil dengan lagu terbaharu bertajuk Aiwah Raya yang dijangka bakal bertemu pendengar bulan ini. 

“Memang kali ini saya mahu adakan kelainan dengan menghasilkan sebuah lagu raya. Lagu Aiwah Raya sangat rancak, kalau dengar memang terus dapat aura lebaran. 

“Salah satu impian saya memang mahu ada satu lagu raya yang dimainkan setiap kali nak raya. Doakan semoga lagu saya jadi malar segar,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya