Objek disangka mayat budak rupanya daun semambu

Objek disangka mayat budak rupanya daun semambu

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan yang mengandungi seikat daun semambu di taman permainan Kampung Durian Daun, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk Kampung Durian Daun di sini dikejutkan dengan penemuan bungkusan misteri yang disangka mayat kanak-kanak, namun sebenarnya hanya ikatan daun semambu dalam kain batik.

Kejadian berlaku malam semalam berhampiran taman permainan kampung itu, lantas mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Mereka kemudian menghubungi pihak polis selepas melihat bentuk bungkusan yang mencurigakan, seolah-olah jasad manusia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, beliau menerima aduan itu ketika berada dalam program tadarus.

Polis yang tiba di lokasi bertindak membuka bungkusan tersebut dan kandungannya hanya seikat daun semambu yang dibalut rapi.

“Kalau saya terus bergegas ke lokasi, pahala tadarus tak dapat, yang dapat cuma akal dengan daun semambu. Betul-betul kena prank (usik) malam-malam,” kata Mohd. Noor Helmy.

Penduduk yang awalnya cemas, menarik nafas lega, namun insiden itu pasti menjadi bualan hangat di kampung berkenaan untuk masa yang lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya