Nik Nazmi umum pertahan jawatan Naib Presiden, Ketua Cabang Setiawangsa

Nik Nazmi umum pertahan jawatan Naib Presiden, Ketua Cabang Setiawangsa

NIK Nazmi Nik Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengumumkan bakal mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, PKR Cabang Setiawangsa turut mengumumkan sokongan penuh pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.

Difahamkan, perkara tersebut diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Setiawangsa, semalam.

“Pemilihan Keadilan tahun ini bakal menjadi tumpuan ramai, bukan sekadar dalam kalangan ahli parti tetapi juga oleh rakyat yang menilai kesatuan dan kekuatan kita.

“Dalam kita meraikan demokrasi dalaman yang matang, kita juga perlu memastikan bahawa persaingan ini berlangsung dengan penuh adab dan semangat setiakawan.

“Kita perlu fokus kepada agenda besar iaitu mengukuhkan Keadilan sebagai sebuah parti masa depan yang terus relevan dalam perjuangan rakyat,” katanya menerusi akaun media sosialnya semalam.

Sebelum ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya dalam pemilihan sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memastikan parti mengambil langkah pengukuhan bagi meneruskan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya