Niat 'bersarapan' tiga lelaki terbantut

Niat ‘bersarapan’ tiga lelaki terbantut

MD. AZHAN Samat (kanan) menampal poster Kempen Penghayatan Ramadan JAIM di sebuah premis di Bukit Baru, Melaka. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hasrat tiga lelaki dipercayai kaki ponteng puasa untuk membeli ‘sarapan’ di kedai mamak terbantut selepas melihat kehadiran pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di dua premis berasingan sekitar Bukit Baru dan Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Dalam operasi Kempen Penghayatan Ramadan JAIM yang bermula pukul 9 pagi itu, dua pemandu lori berusia lingkungan 30-an itu dikesan berada di kaki lima sebuah kedai mamak di Bukit Baru.

Sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, mereka dilihat hanya berdiri berhampiran lori dan tidak memasuki premis berkenaan.

Sementara itu, di lokasi berasingan, seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal dilihat berhenti berhampiran bahagian dapur sebuah restoran mamak di Ayer Keroh.

Lelaki itu terkejut apabila mendapati terdapat sepasukan penguat kuasa JAIM sedang melakukan pemeriksaan sebelum bertindak meninggalkan premis berkenaan.

Menurut pekerja restoran yang enggan dikenali, terdapat pelanggan lelaki dipercayai kaki ponteng puasa sering membuat pesanan secara bungkus dengan cara menunggu di dalam kenderaan.

Terdahulu, operasi tersebut diketuai Pengarah JAIM, Datuk Md. Azhan Samat dan Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Akmal Nadzim Abdullah.

Tiada tangkapan dilakukan dalam operasi yang tamat pada pukul 11 pagi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya