Netizen terkekek Andi Bernadee jual pakej kejut sahur - Utusan Malaysia

Netizen terkekek Andi Bernadee jual pakej kejut sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Andi Bernadee mencuri tumpuan apabila memuat naik poster menawarkan pakej kejut sahur serendah RM2. 

Menerusi iklan yang dimuat naik, Andi atau  Azrul Andi Mapangile,34, menyediakan perkhidmatan kejut sahur dengan pelbagai versi iaitu kejut biasa, nada sayang, versi anak jantan sehinggalah kejut di kala menjelang azan. 

Walaupun poster itu dimuat naik untuk tujuan berseloroh, namun terdapat warganet yang mengambil serius mahu melanggan perkhidmatan ditawarkan penyanyi Donde itu.

“Saya sudah hantar mesej (DM) tapi tidak dilayan,” tulis satu peminat

“Kejut sahur pun boleh buat duit zaman sekarang,” kata komen yang lain.

“Bang, boleh saya dapatkan kod QR, pesan awal supaya tak kalut,” kata komen yang lain. 

Bagaimanapun, mengintai ruangan komen, rata-rata gembira apabila Andi sudah kembali dengan jenakanya sebagai ‘online boyfriend’ setelah lama menghilang daripada media sosial. 

Terdahulu, Andi mendedahkan dia trauma menghadapi penyakit misteri menyebabkannya semakin berhati-hati membuat perkongsian di laman sosial.

Dalam perkembangan lain, Andi dilihat giat mempromosikan single terbaharu bertajuk Inikan Hari Raya yang kini boleh didengari di seluruh platform penstriman. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya