Nelissa Nizam sudah berdamai dengan ibu - Utusan Malaysia

Nelissa Nizam sudah berdamai dengan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya rasa lega apabila semuanya selesai. Saya harap perkara ini tidak diungkit lagi selepas ini.”

Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam, 27, yang mengakui lega apabila sengketa di antara dirinya dan ibu, Ayu Manaf menemui jalan untuk berdamai.

Nelissa berkata, dia juga enggan memanjangkan lagi konflik yang berlaku sekitar Disember pada tahun lalu dan memilih untuk selesaikannya secara privasi bersama keluarga.

“Sehari sebelum Ramadan, saya ada bertemu mama di kediamannya. Memang niat nak selesaikan konflik yang timbul bersama keluarga secara privasi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Nelissa berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada acara Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree di Setiawangsa, malam tadi.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan The Gadys itu turut menyifatkan kemelut yang berlaku sebagai ujian buat dirinya.

“Tak semua benda terjadi boleh dikawal. Jadi, apa sahaja yang datang, saya anggap ia satu ujian. Kalau isu ini membabitkan kawan, mungkin saya malas nak ambil peduli, tapi ini membabitkan ibu. Semuanya sudah selesai dan hubungan saya dan keluarga okay sahaja,” jelasnya.

Tambah Nelissa, dia tidak pernah terfikir untuk menjadikan kisah peribadinya sebagai kontroversi semata-mata untuk semakin dikenali sebaliknya dia mahu namanya dijulang kerana bakat.

“Perancangan saya dan pihak pengurusan adalah mahu saya naik kerana bakat. Tak pernah terfikir menjadikan kontroversi ini sebagai satu publisiti.
Alhamdulillah, setakat ini tak terkesan apa-apapun.

“Kebanyakan mereka yang pernah bekerja tahu cara saya kerja macam mana. Harapan saya semoga apa yang berlaku tidak memberi kesan negatif terhadap kerjaya seni saya,” kongsinya.

Sebelum ini, Nelissa mendakwa dirinya membesar dalam suasana penuh penyiksaan berikutan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun, Ayu tampil meleraikan segala spekulasi tersebut dan mendedahkan hubungannya dengan anak-anak menjadi renggang selepas dia berkahwin baharu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya