Nelayan maut nahas dua Proton Wira 

Nelayan maut nahas dua Proton Wira 

KEADAAN Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer (KM) 48  Kampung Selamat, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Seorang nelayan maut dalam nahas melibatkan pertembungan dua Proton Wira di Kilometer (KM) 48 Kampung Selamat, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu petang ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang ini ialah Kamaruddin Jusoh, 53, yang berasal dari Kampung Jelapang, Setiu.

“Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Jelapang menghala ke Wakaf Tapai, Marang manakala sebuah lagi Proton Wira yang dipandu seorang pengawal keselamatan berusia 20-an pula dari Kuala Terengganu, Terengganu menghala ke rumahnya di Kampung Langkap.

” Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta dipandu pengawal keselamatan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan Kamaruddin maut di lokasi kejadian manakala penumpangnya dan pemandu kereta Proton Wira mengalami kecederaan parah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya