Nelayan ditemukan lemas di perairan Pulau Tikus

Nelayan ditemukan lemas di perairan Pulau Tikus

BEBERAPA anggota penyelamat dilihat membawa mayat nelayan tempatan yang dipercayai lemas di perairan Pulau Tikus, Pulau Pinang ke daratan dengan menaiki sebuah bot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar ke laut bersendirian pagi semalam ditemukan lemas di perairan Pulau Tikus di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan kira-kira 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah pada pukul 11.15 pagi tadi.

Katanya, laporan mengenai kehilangan mangsa diterima sejak pukul 10.30 pagi semalam selepas rakannya menyedari bahawa dia tidak pulang dari laut selepas keluar bersendirian menaiki sampan kira-kira pukul 7 pagi.

“Sebaik sahaja menerima laporan, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan dan hari ini, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah serta seluar sukan hitam.

“Pemeriksaan awal bagaimanapun mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada badan mangsa,” kata Abdul Rozak.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat selepas pengecaman dilakukan oleh warisnya dan Operasi Carilamat seterusnya ditamatkan kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya