Nak jadi penyanyi, harus sedia hadapi kecaman - Ella - Utusan Malaysia

Nak jadi penyanyi, harus sedia hadapi kecaman – Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi rock, Ella tampil memberi nasihat kepada bakat baharu supaya lebih kental menghadapi realiti sebagai penggiat seni lebih-lebih lagi apabila menerima kecaman netizen.

Kata Ella, setiap penyanyi haruslah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang cabaran yang mendatang dan bukan memilih untuk berkurung di rumah.

“Sebelum masuk ke dalam industri orang itu harus bersedia dengan segala kecaman. Tak bolehlah nak ikut emosi dan hanya duduk rumah. Awak nak bergelar penyanyi, awak kena hadapi perkara itu,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Nuri itu turut berpesan agar pelapis baharu tidak terlalu mengikut perasaan dalam membuat sebarang keputusan jika mahu perjalanan seninya terus bertahan.

“Pastinya seseorang artis itu mahu pergi lebih jauh dalam kariernya, tapi kalau ikut emosi orang itu tidak akan ke mana-mana,” jelasnya.

Sedar dirinya kini hidup di era orang boleh berkata apa sahaja, Ella berharap setiap penggiat seni menjaga nama baik dan tidak melakukan perkara yang boleh mengundang kecaman.

“Kalau tidak mahu kena kecam, kenapa buat perkara yang bakal dikecam? Apapun kena kuat sebab media sosial sekarang adalah dunia tanpa sempadan, netizen boleh cakap apa mereka mahu,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya