Naikkan RM2 harga setiap kuih raya

Naikkan RM2 harga setiap kuih raya

NORASHIKIN Ahmad menyusun kotak berisi kuih raya di Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Walaupun ber­depan dengan kenaikan harga bahan mentah, seorang pengusaha kuih raya tetap gigih meneruskan perniagaannya menjelang sambutan Syawal.

Norashikin Ahmad, 62, yang telah berniaga selama 18 tahun menjual pelbagai jenis biskut dan kerepek mengakui, terpak­sa menaikkan sedikit harga jualannya.

“Saya menghasilkan 18 jenis kerepek dan biskut di rumah saya di Taman Ungku Tun Ami­nah. Walaupun harga bahan mentah semakin mahal, saya cuba mengekalkan kualiti produk supaya pelanggan tetap berpuas hati.

“Bagi menampung kos meningkat, harga jualan dinaikkan sebanyak RM2 menjadikan jualan harga bagi kuih-kuih yang dijual sekitar RM35 hingga RM40,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall di sini.

Tambah Norashikin, produk paling laris dijual adalah kek kukus buah-buahan seberat 1.2 kilogram yang dijual pada harga RM60.

“Kek istimewa itu mendapat permintaan tinggi terutama dalam kalangan pelanggan dari Singapura yang merangkumi 90 peratus daripada jumlah pembeli.

“Saya berharap kuih-muih yang dijual tahun ini tetap mendapat sambutan seperti sebelumnya dan semuanya habis terjual sebelum raya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya