MYSaveFood selamatkan hampir 50,000kg makanan bazar tidak terjual - Utusan Malaysia

MYSaveFood selamatkan hampir 50,000kg makanan bazar tidak terjual

SUASANA Bazar Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MYSaveFood berjaya menyelamatkan 46,208 kilogram makanan tidak terjual daripada 108 bazar di seluruh Malaysia, bersamaan dengan nilai pembaziran sebanyak RM559,199 sejak bermula Ramadan hingga 16 Mac lalu.

Makanan yang diselamatkan ini diagihkan kepada golongan yang memerlukan, memastikan makanan tidak terbuang begitu sahaja.

Kempen #BazirRamadan bukan sekadar satu peringatan tetapi satu seruan untuk kita semua mengubah sikap dan menghargai setiap rezeki yang ada.

MYSaveFood berkata, pihaknya tidak mahu menjadikan pembaziran satu trend di bulan yang penuh keberkatan ini.

“MYSaveFood juga membuka ruang dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai pasukan sukarelawan. Bersama-samalah kita, baik pembeli mahupun penjual membawa arus pembaharuan dan tidak meneruskan trend pembaziran,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, MYSaveFood mengambil langkah proaktif melancarkan kempen anti-pembaziran makanan #BazirRamadan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu pembaziran makanan yang semakin membimbangkan sepanjang bulan ramadan.

“Kempen ini mengetengahkan idea kreatif persembahan fesyen trashwalk di bazar ramadan Pantai Dalam dengan memperagakan sut yang direka khas daripada sisa makanan terbuang sebagai simbolik kepada makanan yang dibazirkan di bazar Ramadan dan mempertontonkan kesan buruk tabiat membazir,” katanya.

Menurut data 2024, lebih daripada 60,000 kilogram makanan tidak terjual di bazar Ramadan.

Jumlah kuantiti ini cukup untuk mengenyangkan 120,000 orang iaitu bersamaan dengan purata 500 gram satu hidangan setiap orang.

Realiti ini mencerminkan budaya atau trend berbelanja berlebihan dalam bulan Ramadan yang sudah dinormalisasi dan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Sejak penubuhannya sembilan tahun lalu, MYSaveFood telah bekerjasama dengan peniaga bazar di seluruh negara untuk mengurangkan pembaziran makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya