Mustapha tidak mahu PRN Sabah punca keretakan kerajaan Madani

Mustapha tidak mahu PRN Sabah punca keretakan kerajaan Madani

MUSTAPHA Sakmud (duduk, tengah) bersama Ketua Biro Politik PKR Sabah, Datuk Seri Christina Liew (duduk, kanan) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud tidak mahu Sabah menjadi punca keretakan memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah ujian pertama kerajaan Madani.

Beliau berkata, Sabah adalah ujian pertama kerajaan Madani dalam menghadapi beberapa siri PRN yang akan datang maka, beliau tidak mahu keretakan berlaku dalam menghadapi pilihan raya di negeri ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, itu sebabnya PKR mahu mengelak berlaku pertembungan kerusi dengan rakan kerjasama mereka kerana jika berlaku pergeseran, ia dikhuatiri akan menjadi punca keretakan.

“Maka, penting bagi kita untuk memastikan kerajaan Madani ini terus dipertahankan sebab kita mahu melanjutkan (pemerintahan) untuk penggal yang kedua. Kita mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali lagi bagi penggal yang kedua.

“Jadi kita tidak mahu Sabah ini jadi punca keretakan, kalau tidak ia akan menambah retak dimana-mana,” katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat biro politik PKR Sabah, semalam.

Selepas PRN Sabah, mereka akan menghadapi PRN di Melaka dan Sarawak sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, biarpun pertembungan kerusi antara parti yang bekerjasama pernah berlaku sebelum ini namun, jika boleh beliau mahu mengelakkan perkara sebegitu berlaku menjelang PRN Sabah.

Mengulas lanjut katanya, parti-parti yang ingin membentuk kerjasama diingatkan agar tidak mengumumkan kerusi atau calon masing-masing sebelum proses rundingan kerjasama selesai.

“Kalau boleh tidak menamakan calon-calon ini lebih awal sebelum kerjasama dibentuk. Kalau tidak, ia akan mewujudkan pergeseran yang tidak diingini.

“Sama juga yang berlaku di Tanjung Keramat, apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah mengumumkan calonnya. Itu proses biasa jadi, kita hormati,” katanya.

Namun, semua parti kena faham jika mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak, macam kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), ia amat dialu-alukan. Tapi, dalam proses tersebut janganlah umumkan calon sana sini, tindakan sebegitu akan menutup ruang kerjasama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya