PUTRAJAYA: Semua murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan akan mula memakai lencana Jalur Gemilang secara berperingkat mulai 21 April ini, dengan setiap orang menerima dua unit lencana secara percuma. Inisiatif ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, pemakaian lencana ini bertujuan memupuk rasa bangga terhadap negara serta melatih murid menghargai sejarah dan menghormati lambang kebangsaan. Garis panduan pemakaian turut disediakan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya