KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menetapkan urus niaga dan operasi di Bazar Raya Aidilfitri setakat pukul 12 tengah malam.
MPKB-BRI dalam satu kenyataan berkata, peraturan tersebut bawah Aka Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Penjaja.
“Jadi kami (MPKB-BRI) memohon kerjasama daripada semua peniaga untuk mematuhi arahan dan menutup operasi perniagaan sebagaimana notis,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kegagalan mematuhi notis menyebabkan peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 171 dan
Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB-BRI.
Terdahulu tukar kenyataan berkaitan pemakluman oleh MPKB-BRI berhubung waktu operasi Bazar Raya Aidilfitri yang dihadkan sehingga pukul 12 tengah malam.-UTUSAN