MPAJ kumpul lebih 3.4 tan barangan kitar semula 

MPAJ kumpul lebih 3.4 tan barangan kitar semula 

POGRAM Trash to Cash anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengumpulkan sebanyak 3,424.24 kilogram (kg) barangan kitar semula, sisa elektronik (e-waste), dan minyak masak terpakai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Sebanyak 3,424.24 kilogram (kg) barangan kitar semula, sisa elektronik (e-waste) dan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi program Trash to Cash anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sepanjang bulan ini. 

 

Kawasan terlibat dalam program itu adalah Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP), iaitu Taman Kemensah Height, Taman Ampang Indah, Ukay Perdana dan Kampung Pandan. 

 

MPAJ dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 799.80 kg merupakan e-waste manakala 757.3 kg adalah minyak masak terpakai.

 

Menurut kenyataan itu, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu memastikan kebersihan persekitaran, malah menggalakkan penduduk mengamalkan budaya kitar semula bagi mengelakkan pencemaran.

 

“Program ini bertujuan mendorong penduduk membersihkan kediaman mereka dengan menyerahkan barangan yang boleh dikitar semula serta e-waste kepada MPAJ.

 

“Malah, kami memberikan ganjaran wang tunai kepada mereka mengikut jumlah berat barangan yang diserahkan. MPAJ juga akan meneruskan program ini di Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3, Ampang,” katanya. 

 

Selain itu, MPAJ turut menganjurkan Program Pengumpulan Sisa Makanan dan Minyak Masak Terpakai di tiga bazar Ramadan sekitar Ampang iaitu di Pandan Indah, Bandar Baru Ampang dan Kompleks Muhibbah Taman Nirwana. 

 

Katanya, program itu berjaya mengumpulkan sebanyak 221 kg sisa makanan seperti nasi, bihun mee, roti dan sayur-sayuran serta 127.90 kg minyak masak terpakai. 

 

“Sisa-sisa makanan yang dikumpul akan dihantar ke Pusat Perawatan Sisa Makanan (Anaerobic Digester) untuk diproses menjadi baja cecair danbiogas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya