PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 1 petang melibatkan tujuh negeri.
MetMalaysia berkata, kawasan-kawasan yang terlibat adalah negeri Perak (Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).
“Selain itu, cuaca itu turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
“Turut terkesan juga Sabah iaitu di beberapa daerah Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan sehingga 1:00 tengah hari ini,” katanya dalam satu hantara di Facebook hari ini.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.