Mesyuarat MTM, perkukuh hala tuju kerajaan 

Mesyuarat MTM, perkukuh hala tuju kerajaan 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) yang pertama bagi tahun 2025 yang bertujuan memperkukuhkan hala tuju dan pelaksanaan dasar kerajaan.  

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, MTMM berfungsi sebagai forum tertinggi dalam menetapkan dasar, selain menimbang serta membuat keputusan berkaitan pelaksanaan agenda Malaysia Madani.  

Katanya, mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai aspek penambahbaikan dalam tadbir urus kerajaan dengan menekankan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.  

“Usul dan keputusan yang dibuat di peringkat Majlis ini akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara,” katanya menerusi perkongsian di akaun media sosialnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya