Melaka terima peruntukan RM8 juta, naik taraf 13 klinik

Melaka terima peruntukan RM8 juta, naik taraf 13 klinik kesihatan daif

NGWE Hee Sem (dua dari kanan) hadir ke Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Ramadan 1446H Peringkat Negeri di pekarangan Masjid Laksamana Hang Tuah, Duyong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi kerja-kerja menaik taraf 13 klinik kesihatan daif di negeri ini, termasuk Klinik Kesihatan (KK) Ujong Pasir dan KK Jalan Gereja di Banda Hilir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih kemudahan asas di klinik-klinik terbabit demi keselesaan rakyat.

“Kami menyedari keadaan fasiliti di beberapa klinik kesihatan yang kurang memuaskan, termasuk ruang menunggu pesakit yang sempit serta sistem penyaman udara yang tidak berfungsi.

“Malah, ada kawasan tertentu yang licin dan kerap menyebabkan pesakit tergelincir terutama ketika hujan. Oleh itu, kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan dengan segera demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui pada Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Ramadan 1446H Peringkat Negeri di pekarangan Masjid Laksamana Hang Tuah di sini, hari ini.

Program tahunan anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyaksikan penglibatan pelbagai kaum termasuk pelajar universiti dalam usaha mengeratkan silaturahim serta mengekalkan tradisi setiap kali Ramadan.

Sebanyak 15 kawah bubur lambuk dimasak dan diagihkan kepada kira-kira 4,000 penduduk.

Selain itu, ia turut disertai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari Jasin dan Alor Gajah, lantas menjadikannya lebih inklusif kerana melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Program Gerak Rahmah yang berlangsung dari 8 hingga 16 Mac ini turut menyaksikan penyerahan Kotak Rahmah kepada golongan memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya