Meerqeen, buang sifat sombong pasti diri dihormati - Utusan Malaysia

Meerqeen, buang sifat sombong pasti diri dihormati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“No interview!”

Lebih kurang begitulah apa yang disebut oleh pelakon muda belia yang seorang ini, yang kemudiannya disampaikan orang tengahnya kepada rakan-rakan media yang telah lama menunggu untuk menemu bual dirinya dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Bukan soal tak dapat temu bual dirinya, tetapi cara pelakon ini mengelak untuk ditemu bual seakan menunjukkan sifat tak moleknya sendiri apa lagi ketika di khalayak ramai. 

Pula itu, Cik Bunga disampaikan oleh sumber, Meerqeen mahu atau tidak terpaksa juga terlibat dalam satu sesi temu bual ringkas bersama seorang hos program di acara tersebut. 

Apa yang terjadi, Meerqeen dikatakan dengan sengaja memberi jawapan secara sepatah sebelum kemudiannya didakwa menunjukkan air muka tidak manis ketika pertanyaan diajukan di depan rakaman kamera. 

Soalan yang ditanya hos itu pun bukannya tentang kontroversi atau hal peribadi. Pertanyaannya cuma tentang harapan seandainya dia menang dalam pencalonan di dalam acara tersebut. Tak akanlah soalan begitu pun Meerqeen tak boleh jawab dengan baik? 

Bagi Cik Bunga, apalah salahnya Meerqeen jawab elok-elok,maniskan sedikit wajah itu meskipun mungkin pada hari tersebut mungkin bukanlah hari yang baik buat awak. 

Mana tahu bukan, hari itu kereta Meerqeen kena tarik ke, Meerqeen terlupa angkat baju di jemuran dan hari hujan ke, atau mungkin tadinya Meerqeen terlupa nak tekan suis periuk nasi, nasi tak masak sampai tak sempat nak jamah makanan sebelum datang tergesa-gesa ke acara itu. 

Mana tahulah bukan sebab segalanya boleh jadi kemungkinan dan punca mengapa Meerqeen jadi seakan tak ada ‘mood’ nak bercakap dengan orang di acara itu. 

Jangan marah, Cik Bunga cuma usik-usik gurau sahaja. Sebenarnya, ini bukan kali pertama cerita mengenai perangai atau sikap Meerqeen ini sampai ke telinga kita. Orang belakang tabir pun ada mengadu yang aktor kacak kita seorang ini boleh tahan sombongnya, cuma Cik Bunga seakan sukar percaya. 

Tetapi bila ada hos program pun tersinggung dengan gaya angkuh dan sikap acuh tak acuh aktor ini, Meerqeen bagi Cik Bunga harus bersikap profesional lah bukan? Awak itu artis, selebriti. 

Memang akan jadi tumpuan ramai, orang nak temu bual dan sebagainya. Tak tahulah kenapa Meerqeen susah sangat nak buang sifat tak eloknya ini. Ramai orang dah bercakap, apa salahnya buang perangai itu. 

Contohi artis-artis lama yang popular tetapi masih membumi dan tahu diri. Kalau mahu diri disayangi, dan dihormati orang, ubahlah sikap itu Meerqeen. Cik Bunga tegur ini atas dasar kasih sayang. Sesekali ingat tanah juga walau terbang setinggi langit. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya