MCMC diarah siasat penyampai radio senda agama

MCMC diarah siasat penyampai radio senda agama

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarahkan menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan tiga penyampai radio swasta didakwa mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, antara lain MCMC perlu memanggil syarikat dan pengurusan stesen radio itu hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.

“Jadi, saya arahkan MCMC menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat MCMC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video tiga penyampai radio yang mempersendakan tarian kavadi yang dilakukan oleh penganut Hindu ketika sambutan Thaipusam.

Bagaimanapun mereka memohon maaf di atas video kontroversi yang didakwa mempersenda agama itu.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu, memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana ia penghinaan kepada tradisi Hindu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya