MC berakhir esok, Ismail Sabri dirakam percakapan Khamis

MC berakhir esok, Ismail Sabri dirakam percakapan Khamis

AZAM Baki (kanan) bersama Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy dalam sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan SPRM di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10 pagi, Khamis untuk dirakam percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, memandangkan sijil cuti sakitnya (MC) berakhir esok, maka Ismail Sabri perlu hadir seperti ditetapkan.

Ujarnya, setakat petang tadi, beliau tidak menerima sebarang makluman daripada pegawai penyiasat mahupun doktor Ahli Parlimen Bera itu, justeru beranggapan Ismail Sabri akan hadir memberikan kerjasama.

Mengulas tentang 23 saksi baharu, Azam berkata, saksi-saksi tambahan dalam siasatan kes itu akan dipanggil secara berperingkat untuk dirakam percakapan.

“Usaha sedang dijalankan untuk memanggil kesemua 23 saksi secepat mungkin kerana seperti mana kehendak semua pihak, SPRM juga ingin menyegerakan siasatan kes berprofil tinggi.

“Namun, agak hairan apabila ada berita dalam media sosial menyatakan, SPRM yang meletakkan wang RM170 juta tersebut. Jadi, saya fikir bagaimana kami boleh mendapatkan semua wang berkenaan.

“Dalam hal ini maksudnya, tidak ada siasatan secara selektif, kita menjalankan siasatan secara profesional. Berdasarkan kes-kes sebelum ini pun, kita tidak berpihak kepada mana-mana,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Setakat ini, SPRM sudah merekod keterangan seramai 36 individu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan itu.

Semua wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa. Turut ditemukan adalah 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa dijadikan sebagai ‘safehouse’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya