MBS tanggal pintu rumah penyewa PPRT Lobak ada tunggakan sewa tinggi - Utusan Malaysia

MBS tanggal pintu rumah penyewa PPRT Lobak ada tunggakan sewa tinggi

ANGGOTA penguat kuasa MBS menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di PPRT Lobak Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebagai pengajaran terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) baru-baru ini menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa di Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) di sini.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000

Katanya, notis penamatan perjanjian penyewa terlibat juga telah tamat pada 31 Januari lalu dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari.

“Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan,” katanya hari ini. 

Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan. 

“Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun masih terdapat ramai penyewa mengambil sikap sambil lewa untuk menjelaskan tunggakan sewa.

“Bagaimanapun, penyewa masih dibenarkan tinggal di premis berkenaan untuk sementara waktu sebelum dapat menjelaskan tunggakan atau mendapatkan kediaman di tempat lain.

“MBS akan meneruskan operasi ini secara berkala dari semasa ke semasa. Penyewa di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paroi dan PPRT Lobak juga diminta menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya