Maut rempuh belakang lori terbabas

Maut rempuh belakang lori terbabas

KEADAAN lori yang terlibat dalam kemalangan meragut satu nyawadi Kampung Renek, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang lelaki maut selepas lori barang sejuk beku dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori 10 tan yang terbabas di Kampung Renek, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, nahas kira-kira pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan  Muhammad Amirruldin Abdullah, 31, maut di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah dialaminya.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika Muhammad Amirruldin yang memandu lori barang sejuk beku dari Setiawan ,Perak menuju ke Kuala Terengganu. Apabila tiba di lokasi kejadian, dia tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang sebuah lori 10 tan jenis  Dong Peng yang terbabas masuk ke laluannya. 

“Insiden itu berlaku apabila lori jenis Dong Peng yang dipandu oleh pemuda berusia 38 tahun terbabit  hilang kawalan  ketika mengelak daripada sebuah Toyota Avanza yang keluar simpang secara mengejut sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Berang ke Besut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya