Matrix Concepts raikan komuniti wanita

Matrix Concepts raikan komuniti wanita

KOMUNITI wanita diraikan pada program Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 anjuran Matrix Concept di Bandar Sri Sendayan, Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 bagi meraikan golongan terbabit.

Acara diadakan di Bandar Sri Sendayan, semalam, mendapat kerjasama organisasi Caring Moms dan Komuniti Tukang Jahit dan menghimpunkan komuniti wanita, pemimpin industri dan rakan-rakan kongsi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Bahagian Pembangunan Hartanah Matrix Concept, Tan Sze Chee berkata, program berkenaan bukan sekadar pertemuan biasa, malah menjadi platform dalam memperkasakan perhubungan dengan turut melibatkan usahawan-usahawan wanita berjaya.

“Ia seterusnya memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk terus maju. Apabila kami menyediakan platform di mana wanita boleh berhubung, belajar, dan meningkatkan satu sama lain, usaha ini dapat memperkukuh bukan sahaja kepada individu tetapi seluruh masyarakat. 

“Kami berbangga untuk bersama ramai wanita yang memberi inspirasi dan berharap dapat meneruskan usaha memastikan setiap wanita mempunyai peluang untuk berkembang maju,” katanya berucap pada program berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Bahagian Pembangunan Hartanah Matrix Concepts, Chai Keng Wai pula menambah, Syarikat juga berusaha untuk mencipta ekosistem di mana suara wanita didengari, idea dihargai, dan sumbangan mereka diiktiraf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya