Matrade giat teroka pasaran baharu

Matrade giat teroka pasaran baharu

REEZAL Merican (tengah) menyerahkan sumbangan kepada penduduk setempat di Kompleks Sukan MBSP di Bertam, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam usaha meneroka pasaran yang sedang pesat membangun bagi meningkatkan kerjasama strategik dan peluang perniagaan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya komited mengintai ruang dan peluang ke arah merancakkan kerjasama dengan negara luar dan tidak hanya bersandar terhadap pasaran tradisional semata-mata.

Katanya, Mesir, Libya, Afrika dan Botswana antara negara yang semakin berkembang pasarannya malah diyakini memiliki ruang bagi menjalinkan kerjasama perdagangan bersama Malaysia.

“Sepuluh tahun dahulu, di Afrika, hanya ada 800 juta penduduk, namun, kini meningkat hampir 1.4 bilion (penduduk).

“Sebelum ini, ia ditadbir kerajaan diktatorial, tetapi sekarang telah didemokrasikan sekali gus meningkatkan peluang buat syarikat yang ingin mengeksport atau menceburi pasaran yang baharu muncul di negara-negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, Reezal Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam turut menyampaikan sumbangan kepada 600 penerima bagi meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang berlangsung di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dubai tahun lalu menjadi salah satu platform bagi memperhebatkan hubungan perdagangan antarabangsa.

“Kita berjaya mencapai jualan sebanyak RM2.2 bilion dan tahun ini, MIHAS akan berlangsung di Shanghai, China bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2025 pada November depan.

“China yang memiliki kepadatan penduduk seramai 1.4 bilion dan menjadi antara pusat ekonomi kedua terbesar dunia diyakini dapat memperteguhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya