Mara anjur karnival sokong PKS

Mara anjur karnival sokong PKS

Adam Corrie anatara selebriti yang turut memeriahkan karnival anjuran Mara yang diadakan sehingga 31 Mac nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini menganjurkan karnival bersempena sambutan Ramadan dan menjelang Aidilfitri nanti.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd. Faizul Idzhar berkata, penganjuran karnival selama hampir sebulan itu selaras misi Mara untuk membantu lebih ramai golongan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu katanya, karnival BUSANA @ Menara MARA itu juga mampu memperkasakan keusahawanan komuniti bagi mengukuhkan lantai ekonomi rakyat.
“Lebih 60 reruai jualan disediakan menerusi penganjuran karnival jualan yang telah bermula awal bulan ini.

” Penganjuran karnival ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka, tetapi juga memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan raya dengan harga yang berpatutan,”katanya dalam satu kenyataan hari semalam.

Beliau berkata, karnival BUSANA @ Menara MARA sudah bermula 2 Mac lalu sehingga 31 Mac nanti.

“Karnival ini menampilkan pelbagai juadah hidangan berbuka puasa sepanjang Ramadan dan menawarkan pakaian Hari Raya, tudung, songkok, aksesori, biskut raya, beg tangan, kasut dan pelbagai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya