Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,830 orang

Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,830 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir di Beaufort baru-baru ini-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di negeri ini menurun kepada 1,830 orang berbanding 2,308 yang dilaporkan semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah yang terjejas.

Daerah yang paling terjejas adalah Beaufort yang mencatatkan 1,343 orang daripada 450 keluarga dipindahkan ke enam PPS yang dibuka iaitu di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima, Dewan Kukut, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3.

Mangsa yang terjejas di Tenom pula adalah seramai 466 orang daripada 200 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS iaitu Dewan Sri Antanom, Dewan Jiuin Jimin, Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Dewan SMK Entabuan, Dewan Melalap dan Uloi Makakagas.

Di Membakut pula, hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu Dewan Kesenian Islam yang menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

PPS di Sabah mula dibuka pada 7 Mac susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa daerah termasuk Daerah Kecil Sook, Keningau, Beaufort, Membakut dan Tenom.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya