Mangsa banjir Johor berkurang, 8,874 mangsa di 57 PPS

Mangsa banjir Johor berkurang, 8,874 mangsa di 57 PPS

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 8,874 orang setakat pukul 3 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, angka itu menunjukkan penurunan berbanding 10,630 mangsa pada tengah hari.

“Sebanyak 57 PPS masih beroperasi di enam daerah, menempatkan 8,874 mangsa daripada 2,727 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johor Bahru kekal daerah paling teruk terjejas dengan 4,465 mangsa di 22 PPS, diikuti Kluang (1,793 mangsa, 13 PPS), Pontian (1,548 mangsa, 16 PPS), Kulai (619 mangsa, dua PPS), Batu Pahat (241 mangsa, dua PPS) dan Kota Tinggi (108 mangsa, dua PPS).

Beliau turut memaklumkan tiga sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Batu Pahat, Sungai Kahang di Kluang dan Sungai Pulai di Pontian.

Sementara itu, tiga jalan utama masih ditutup akibat banjir iaitu Jalan Lukut Cina dan Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi serta Jalan Jabi Bukit Tempurung di Segamat.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya