Mama baru bukan senang nak cari - Idzham Ismail - Utusan Malaysia

Mama baru bukan senang nak cari – Idzham Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tahun ini kita puasa dengan raya bertiga. Mama baru bukan senang nak cari. Kena pilih betul-betul.”

Demikian hantaran spontan pelakon, Idzham Ismail yang pertama kali menyambut bulan Ramadan bersama anak-anaknya setelah tiga bulan bergelar duda.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, gurauan spontan itu secara tidak langsung telah mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa pelakon itu mahu mencari isteri baharu semata-mata mahu jadikan pengasuh untuk menjaga anak-anaknya.

“Suka hati saja nak cari isteri nak suruh jaga anak dia. Seronok hidup. Nak cari yang elok itu, diri sendiri elok tak? Kena periksa diri juga tau,” komen seorang netizen.

Cakna dengan komen tersebut, Idzham tenang menangkis tuduhan berkenaan selain sedar dengan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Anak saya, tanggungjawab saya. Alhamdulillah, Allah jemput saya ke Tanah Suci walaupun muka saya tidak elok, untuk Allah buka hati saya ke arah lebih tenang dalam agama. Awak sudah taubat?,” balas Idzham di ruangan komen.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya tampil membela pelakon itu bahkan, bersetuju dengan kenyataannya bahawa tidak mudah untuk mencari pengganti baharu apatah lagi dia sudah mempunyai anak.

Terdahulu, Idzham memaklumkan perkahwinannya bersama pramugari, Nur Abilah Shamsudin telah terlerai pada November tahun lalu disebabkan tiada lagi persefahaman.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya