Malaysia terima 25 tan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi

Malaysia terima 25 tan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi

MESAAD Ibrahim Al Sulaim (tiga dari kiri) menyampaikan sebahagian daripada 25 tan kurma sumbangan Raja Salman Abdul Aziz kepada Malaysia sempena Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menerima sumbangan 25 tan buah kurma daripada kerajaan Arab Saudi untuk diagihkan kepada umat Islam di negara ini sempena bulan Ramadan.

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Program Iftar Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud Penjaga Dua Tanah Suci bagi tahun 2025.

“Program tahunan ini adalah lanjutan daripada kerja amal Penjaga Dua Tanah Suci sempena bulan suci ini, di mana baginda menyumbang untuk mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia,” katanya.

Mesaad berkata, sumbangan tersebut bukan sekadar pemberian material tetapi membawa mesej solidariti dan persaudaraan daripada kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

“Program Agihan Makanan Iftar Ramadan itu turut dilaksanakan di lebih 100 negara Islam sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi dalam membantu komuniti Muslim di seluruh dunia,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, anggota Majma’ Fuqaha’ Shariah Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris, dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Miszairi Sitiris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya