Malaysia tak tunduk ‘ultimatum’ penjenayah

Malaysia tak tunduk kepada ‘ugutan’ penjenayah

ANWAR Ibrahim pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218, turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan selamat sekiranya pemimpin dan sistem negara ini tunduk kepada penjenayah dan pengkhianat di dalam mahu pun di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perilaku rasuah khususnya yang melibatkan agensi penguatkuasaan, selain penyeludupan, pengkhianatan atau permusuhan kaum dan agama tidak boleh dibiarkan, kerana ia akan melemahkan negara.

Justeru, katanya, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain yang tegas dan keras menyejukkan ‘suhu’ politik di negara.

“Sebab itu saya hargai apabila ada tindakan tegas dan keras daripada pasukan (Polis Diraja Malaysia serta agensi penguatkuasaan lain) dan ini harus dilakukan secara konsisten. 

“Saya yakin, apabila kita bicara soal pembanterasan rasuah dan tatakelola, jika agensi penguatkuasan kita, PDRM dan lain-lain (bertindak) secara tegas dan keras untuk satu dua tahun ini, tidak peduli pangkat dan pengaruh mereka, ambil tindakan sekeras-kerasnya, saya yakin suasana politik dan iklim negara akan jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, kejayaan negara membanteras jenayah di sempadan sejak mutakhir ini menunjukkan komitmen tinggi pasukan dan agensi penguatkuasaan dalam merangka tindakan bersepadu dan semangat berpasukan.  

“PDRM kini sudah jauh berupaya. Kita capai banyak kejayaan, termasuk langkah baru-baru ini oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), yang bekerja sebagai satu pasukan. Penyeludupan di sempadan yang menyebabkan kita kerugian ratusan juga.

“Lihat juga isu-isu kejayaan narkotik baru-baru ini, bukan saja merugikan tapi merosakkan masa depan anak-anak kita dan mengaibkan kita sebagai satu negara apabila dijadikan transit untuk dihantar ke Australia umpamanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya